Hilang nyawa elak serpihan tar - Harian Metro

Batu Pahat: Tindakan seorang lelaki mengelak serpihan batu tar yang baru ditaburkan di tepi jalan mengundang padah apabila dia bersama seorang lagi rakannya maut dalam kemalangan di Kilometer 99, Jalan Ayer Hitam-Yong Peng, kelmarin. Kejadian jam 8 malam itu mengakibatkan pemandu, Mohd Rizal Mohd Radin, 35, dan rakannya, Lim Tong Hain, 62, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak serpihan batu tar yang baru ditaburkan di tepi jalan berkenaan. “Rempuhan antara dua kenderaan itu mengakibatkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di badan dan kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. Menurutnya, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail manakala pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama. Source: www.hmetro.com.my