2 maut gara-gara batu tar belum mampat - Utusan Malaysia

Radin, 35, dan Lim Tong Hain, 62, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila kereta dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Ayer Hitam hilang kawalan semasa melalui jalan yang baharu ditabur dengan batu... “Semasa menggelongsor masuk ke laluan bertentangan, kereta tersebut bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun yang datang dari arah Yong Peng. “Tempat kejadian merupakan jalan lurus dua lorong dua hala serta gelap kerana tiada lampu dan hanya garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi. “Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Source: www.utusan.com.my