Kenangan abadi negarawan ulung - Kosmo!

GAMBARAN sewaktu Malaysia atau dikenali dengan nama Tanah Melayu sebelum memperoleh kemerdekaan daripada pihak British terasa saat menjejakkan kaki di luar pekarangan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Sebahagian besar daripada kita pada hari ini mungkin tidak pernah melalui saat getir sewaktu Tanah Melayu berjuang menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Perjuangan menuntut pembebasan daripada pihak penjajah merupakan agenda utama di dalam jiwa Tunku walaupun terpaksa mengharungi pahit getir berhadapan dengan ancaman sekelompok kumpulan yang tidak senang melihat usaha yang diperjuangkan oleh beliau. Dalam memperjuangkan negara, Tunku begitu menekankan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di tanah air dengan menyatupadukan rakyat daripada pelbagai kaum dan ternyata perpaduan ini telah memacu ke arah kemerdekaan yang... Kemerdekaan itu adalah suatu benda yang tinggi harganya dan kemerdekaan itu satu benda yang tidak dapat dibeli dengan wang atau dengan harta kerana ia suatu benda yang kita tuntut dengan segala kekuatan kita hingga kita terpaksa membelinya dengan... Source: kosmo.com.my